Jaafar Onn mengamuk ‘fesyen India’ di musim raya

jaafar-on-kurta

PETALING JAYA: Artis serba boleh, Jaafar Onn berkongsi rasa tidak puas hatinya dengan fesyen baju Raya tahun ini.

Dalam muat naik status Facebook miliknya, Jaafar Onn Full, beliau mempersoal gaya fesyen orang muda pada masa kini yang lebih memilih memakai kurta berbanding baju Melayu yang lengkap bersampin dan songkok.

Beliau menunjukkan kerisauannya terhadap fesyen yang menitikberatkan budaya India dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri berbanding dengan budaya Melayu sendiri iaitu baju Melayu, songkok dan sampin.

“Perayaan tahun ini akan menjadi hancur bila baju kurta budaya india..Di ketengahkan saperti menyambut raya india…

“Bagi saya mereka yang memakai baju kurta sbb tak mahu pakai songkok dan sampin…Jangan hancurkan baju melayu tradisional yang lengkap dgn sampin dan songkok..

“Sudah lah pakai jean ketat dan tidak bersongkok..Lama kelamaan terhakis budaya yg di rusakkan oleh generasi muda yg dan pereka pakaian memperkenalkan kurta di hari yg mulia….

“Fikir2kan…..Sebelum budaya india jadi viral dihari yg mulia…..
Bagi mereka yang pakai baju melayu…Bersamping tapi tak pakai songkok..Satu lagi…Membuat saya meluat konon nak tunjuk rambut..Tapi ini merusak budaya,” tulisnya.

Bagaimanapun, status Jaafar Onn menerima pelbagai reaksi, ada yang mengakui kebenarannya manakala ada yang berpendapat beliau terlebih emosi dan ketinggalan dari segi fesyen.