7 sekeluarga maut dalam nahas di Kelantan

xcident

PETALING JAYA: Tujuh sekeluarga terkorban dalam satu kemalangan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Renok pada awal pagi tadi.

Menurut laporan Nanyang Siang Pau, lapan lagi mangsa turut cedera dalam nahas pada jam 1.30 pagi itu membabitkan empat kenderaan, iaitu dua Perodua Myvi, sebuah Perodua Alza dan sebuah lori 5 tan.

Menurut siasatan awal, kemalangan itu berpunca daripada lori dari arah Kuala Krai yang hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Difahamkan, lori itu kemudiannya merempuh sebuah daripada kereta Myvi itu yang dinaiki lapan sekeluarga, di mana tujuh daripada mereka maut.

Semua mangsa cedera dan korban dihantar ke Hospital Gua Musang.