BNM lantik Rasheed timbalan gabenor

Shaik-Abdul-Rasheed-Abdul-Ghaffour

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour sebagai timbalan gabenor baru.

Jawatan tersebut dikosongkan selepas pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai gabenor BNM April lepas, menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Rasheed akan bertanggungjawab dalam pembangunan dan kawalan sektor kewangan, pengurusan rezab antarabangsa, operasi pasaran wang dan pentadbiran pertukaran asing, menurut kenyataan dikeluarkan bank pusat itu.

Rasheed berkelulusan ekonomi dari Universiti Malaya dan menyertai BNM pada 1988.
Beliau sebelum ini merupakan pengarah eksekutif Kumpulan Mengundi Asia Tenggara di Lembaga Eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).