Makan beras bermutu lebih rendah daripada Vietnam, PKR gesa menteri bertindak

Gooi-Hsiao-Leung

PETALING JAYA: PKR mahu Kementerian Pertanian segera melaksanakan program Myberas seperti diumumkan perdana menteri awal tahun ini, berikutan pendedahan sebelum ini rakyat miskin di negara ini terpaksa memakan beras lebih rendah mutunya daripada apa yang dinikmati rakyat miskin di Vietnam dan Thailand.

“Saya ingin mengingatkan tanggungjawab kerajaan untuk menunaikan janji mereka untuk melaksanakan program Myberas yang diumumkan oleh PM sendiri bertujuan membantu golongan miskin tegar,” kata Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung.

Program Myberas yang diumumkan November tahun lepas ditangguhkan dua kali, selepas kerajaan membatalkan program subsidi ST15% beras hancuran yang dibelenggu dengan salah salah urus.

Gooi mendakwa Kementerian Pertanian kini mahu turut membatalkan dan memansuhkan pelaksanaan Myberas.

Ini katanya berlainan dengan ucapan “penuh semangat” Menteri Pertanian, Datuk Seri Shabery Cheek di Parlimen tahun lalu, di mana beliau tidak bersetuju rakyat miskin negara makan beras hancuran yang berkualiti rendah.

Beliau memberi contoh negara Asean bagaimana rakyat miskin Thailand dan Vietnam boleh makan beras Siam dan Vietnam kualiti yang berkualiti baik, berbanding negara kita.

“Ia mesti diperhatikan kebanyakan isi rumah di negara ini membeli dan menggunakan 5% atau 10% hancuran gred beras,” kata Gooi.

Justeru, Gooi mahu Shabery menyatakan sama ada benar program Myberas dibatalkan.

Beliau juga mahu Putrajaya “menghentikan apa-apa idea tidak siuman untuk memperkenalkan 25% hancuran beras berkualiti rendah kepada orang ramai”.

“Saya menyeru kerajaan untuk dengan segara untuk melaksanakan program Myberas dan mencari satu gantian kepada program subsidi ST15 yang dibatalkan dengan beras berkualiti baik secepat mungkin untuk membantu rakyat yang sedang mengalami kesusahan daripada kenaikan kos hidup sekarang.”