Warga emas dibelasah, kereta dipecahkan

Kredit gambar: ChinaPress
Kredit gambar: ChinaPress

PETALING JAYA: Seorang warga emas mengalami detik-detik cemas apabila diserang sekumpulan lelaki di Bazar Jalan Masjid, semalam.

Menurut laporan China Press, lelaki Melayu berusia 76 tahun terbabit melalui bazar di ibu negara itu kira-kira jam 7.45 malam Isnin.

Beliau yang memandu secara perlahan ketika itu bagaimanapun terlanggar sebuah motosikal yang bertindak memotongnya sebelum berhenti mengejut di hadapannya.

kereta-pecah-1
Kredit gambar: ChinaPress

Penunggang terbabit segera memanggil lebih 10 orang ke tempat kejadian sebelum mereka bertindak ganas memukul mangsa dan memecahkan kereta warga emas itu.

Menurut akhbar itu, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mangsa terbabit melalui video dan gambar yang dirakamkan orang ramai.

Pada masa sama, hanya seorang saksi kejadian itu yang tampil membantu siasatan.

Buat masa ini, kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (memiliki senjata maut dalam rusuhan) dan Seksyen 427 kanun sama (melakukan khianat).

Video kredit : ChinaPress

https://www.youtube.com/watch?v=HRgWpGCz03c