Kerajaan digesa hapus lorong tikus bekal senjata

akhbar-satar_senjatai_600

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menghapuskan “lorong tikus” yang membolehkan penyeludupan senjata ke negara ini, kata Pengarah Institut Jenayah dan Kriminologi di Universiti HELP. “Kerajaan perlu gunakan dron dan kamera berdefinisi tinggi,” kata Datuk Akhbar Satar.

Beliau menyeru penempatan pegawai yang berintegriti, tembok konkrit dan pagar dawai berduri di sepanjang sempadan. “Ini boleh menghalang penyeludupan senjata ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

“Keselamatan tidak boleh dirundingkan.”

Beliau berkata demikian mengulas beberapa kes tembakan yang berlaku beberapa bulan mutakhir ini.

Keselamatan negara lazimnya diukur mengikut jumlah kes berkaitan yang berlaku dalam satu-satu tahun, kata Akhbar. “Kadar jenayah turut memasukkan jumlah pembunuhan yang berlaku.”

Pejabat PBB berkaitan Dadah dan Jenayah (UNODC) melaporkan purata pembunuhan di Malaysia antara 500 ke 600 kes setahun manakala statistik Pemandu menunjukkan 498 pembunuhan pada 2015, iaitu kurang daripada dua orang dibunuh sehari. “Di Thailand, purata pembunuhan adalah tujuh orang sehari.”

“Mengikut nisbah penduduk kita, secara kasarnya kadar pembunuhan di sini menyamai Thailand.”

“Akhbar kemudiannya menjelaskan modus operandi pembunuhan berupah yang digunakan oleh dunia jenayah.

Pembunuh upahan diupah oleh satu pihak atau kumpulan penjenayah terancang untuk menghapuskan sasaran. Ia melibatkan kontrak antara dua pihak iaitu satu pihak bersetuju membunuh sasaran untuk ganjaran tertentu.

Dalam erti katra lain, mereka membunuh demi keuntungan.

Pembunuhan berupah sering dikaitkan dengan cemburu, dendam, menyembunyikan sesuatu, motif politik, atau menghapuskan saksi atau pesaing perniagaan. Perebutan kuasa antara kongsi gelap melibatkan dadah atau pelacuran boleh memburukkan lagi pembunuhan-pembunuhan seperti itu.

Walaupun di negara yang bebas senjata seperti Malaysia, hakikatnya terdapat pembunuh upahan menjual khidmat di negara ini, dakwa Akhbar. “Mereka menawarkan khidmat pada kadar tertentu.”

Kadar bergantung kepada profail sasaran, dan dipercayai purata kadarnya dianggarkan antara RM5,000 hingga RM100,000.

It’s believed that the average price for a hit is between RM5,000 to RM100,000.

Pembunuh upahan diupah melalui saluran dalam dunia jenayah. Golongan itu juga boleh ditemui dalam Dark Web, melalui enjin carian khas yang dikenali sebagai TOR (The Onion Router) untuk memasuki laman-laman sesawang tersembunyi.

Memetik beberapa kajian, Akhbar mengenalpasti tiga jenis pembunuh upahan: amatur, semi-profesional dan profesional.

Di Malaysia, katanya, kebanyakan pembunuh upahan merupakan semi-profesional. Sasaran lazimnya dibunuh di lampu isyarat atau kedai-kedai kopi. Tindakan mereka dirakam oleh kamera litar tertutup. Bukti fizikal tertinggal di tempat kejadian atau kawasan berhampiran yang akan kembali mempertanggungjawab mereka diatas pembunuhan itu.

Akhbar menyenaraikan kejadian-kejadian terbaru dalam kenyataannya.

Kejadian terbaru melibatkan seorang ejen hartanah ditembak pada jarak dekat oleh dua penembak tidak dikenali yang menaiki motorsikal semasa mangsa menaiki kenderaan jenis MPV mewah di Taman OUG, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian itu, keluhnya, anak perempuan mangsa yang berusia lapan tahun turut ditembak dan dalam keadaan kritikal. Mangsa bersama lima anak dan seorang orang gaji ketika dua lelaki menaiki motorsikal mendekati kenderaan dan melepaskan tembakan.

Sebelum itu, seorang lelaki terselamat walaupun ditembak enam kali oleh seorang penunggang motorsikal pada 29 Jun di kilometer 3.5 di lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban.

Pada 21 Jun pula, dua pengguna jalanraya cedera selepas ditembak di lampu isyarat jalan utama Sunway Batu Caves. Ahli PKR Sarawak Bill Anak Kayong turut ditembak mati pada hari yang sama oleh seorang individu tidak dikenali di simpang lampu isyarat di Miri.

Sebelum itu pada 15 April, dua lelaki ditembak mati di Sabah selepas lapan tembakan dilepaskan ke kenderaan yang mereka naiki.