Parlimen Britain ditutup, penemuan bungkusan mencurigakan

britain

LONDON: Bangunan Parlimen Britain digemparkan dengan penemuan sebuah bungkusan yang mencurigakan.

Ekoran itu, sebahagian bangunan Parlimen, termasuk tempat letak kereta dan teres yang menghadap Sungai Thames ditutup untuk membenarkan pihak berkuasa melakukan pemeriksaan keselamatan.

Menurut laporan AFP, bungkusan tersebut ialah sepucuk surat yang mengandungi serbuk putih dihantar kepada seorang individu.

“Semua kawasan disekeliling ditutup dan amaran keselamatan dikeluarkan.

“Bagaimanapun selepas sejam setengah polis mengisytiharkan insiden berkenaan berakhir tanpa sebarang kecederaan atau kecelakaan yang dilapor,” kata jurucakap Polis Metropolitan di London semalam.

Siasatan mendapati tiada sebarang ancaman keselamatan dan kawasan yang ditutup dibuka semula.

Tarikh 7 Julai adalah ulangtahun ke-11 insiden pengeboman pengganas di sepanjang laluan pengangkutan awam London yang mengorbankan 52 nyawa.