Program pengasingan pepejal MBSA di lima lokasi

mbsa_sampah_new_600

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan melaksanakan program pengasingan sisa pepejal di lima lagi lokas iaitu di Seksyen 19, 24, 31 dan Seksyen U5, bermula Ogos ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata sebelum ini lima kawasan – Seksyen 7, 32, U8, U13 dan Seksyen U16 telah terlibat dalam ‘Projek Rintis Program Pengasingan Sampah dari Rumah’, bermula Oktober
tahun lepas.

Beliau berkata sebanyak 1,500 unit rumah di daerah ini terlibat dalam program itu pada tahun ini.

“Tahun lepas, sebanyak 15,076 metrik tan bahan kitar semula telah dikutip menerusi program ini dalam tempoh tiga bulan bermula Oktober lepas,” katanya kepada Bernama.

Menerusi program itu, setiap isi rumah dibekalkan dengan beg biodegradasi untuk mengasingkan setiap sisa sampah mengikut komposisi yang telah ditetapkan iaitu plastik, kertas, kaca dan aluminium.

Shahrin berkata Selangor masih belum menguatkuasakan tindakan saman atau kompaun terhadap mana-mana pemilik premis dan kediaman yang gagal mengasingkan sisa pepejal.

MBSA berharap program yang telah dilaksanakan itu mampu mendidik orang ramai supaya mengamalkan dan membudayakan kitar semula dalam kehidupan seharian mereka, katanya.

Bernama