KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Profesion Undang-Undang (LPA) 1976 bertujuan untuk menangani kelemahan dalam hal “punca pendapatan” yang berkenaan dengan Badan Peguam Negara, kata Menteri Undang-Undang Datuk Seri Azalina Othman Said.
Bercakap kepada pemberita seusai mesyuarat dengan badan tersebut, beliau menjelaskan hal yang berbangkit adalah prasyarat wajib keahlian Badan Peguam, seperti kelayakan pendidikan, peperiksaan badan peguam sepunya dan keupayaan bahasa.
Azalina berkata peperiksaan badan peguam sepunya perlu untuk menjadi ahli, kerana pada ketika ini, keahlian badan peguam daripada pelbagai latar belakang.
“Ahli mereka turut termasuk peguam korporat dan peguam syariah.”
“Di negara lain, keahlian badan peguam punyai piawaian. Ini perlu dibincangkan kerana kita tidak mahu kelayakan daripada pihak berbagai-bagai,” katanya.
Azalina, yang baru-baru ini dilantik menteri yang bertanggungjawab keatas hal-ehwal undang-undang di Jabatan Perdana, mengeluh kerana ada pengamal undang-undang yang tidak menguasai bahasa Inggeris, malah “dalam beberapa kes, peguam tidak boleh baca bahasa Inggeris pun”.
“Walaupun sesi mahkamah diadakan dalam bahasa Melayu, adakalanya bukti yang dikemukakan dalam bahasa Inggeris.
“Jadikan pindaan ini pindaan menyeluruh untuk manfaat dan melindungi kesemua 17,000 ahli Badan Peguam.”
Sebelum ini media melaporkan pindaan itu antara lain mencadangkan dua ahli badan peguam dilantik oleh menteri undang-undang bagi mewakili pemerintah.
Bagaimanapun, dua ahli itu tidak layak untuk bertanding mana-mana jawatan penjawat dalam badan itu (presiden, naib presiden, setiausaha atau bendahari).
Pindaan itu juga akan mendayakan menteri dengan kuasa untuk membuat peraturan berkenaan pemilihan ke badan peguam dan pemegang jawatan.
Azalina berkata pindaan itu bukan bertujuan untuk mengawal Badan Peguam kerana pindaan dibuat mengikut Seksyen 42 (1) (1), yang mempromosikan hubungan baik dan interaksi sosial dalam kalangan ahli yang terlibat dengan pentadbiran undang-undang.
Sementara itu, Azalina mengumumkan satu pasukan petugas kerajaan yang menyelia bantuan guaman kini berusaha untuk menyatukan perkhidmatan bantuan guaman menjadi satu entiti.
Beliau berkata bantuan guaman menghadapi banyak cabaran ketika ini, termasuk persoalan seperti perlukah bantuan guaman diberi kepada bukan warganegara dan kes-kes keluarga di mahkamah syariah.
“Banyak badan kerajaan dan badan bukan kerajaan memberikan bantuan guaman, jadi kami mahu memperkemas bantuan guaman kerana kita mahu badan kerajaan dan NGO lebih berkesan.”
Tags bahasa, Azalina Othman, badan peguam malaysia, piawai, keahlian badan peguam, pemilihan penjawat, bantuan guaman, penguasaan bahasa, peperiksaan badan peguam, Akta Profesion Undang-Undang