Kes perogol kahwini mangsa dibicarakan semula, kata peguam

Ahmad-Syukri-Yusuf1

KUALA LUMPUR: Seorang suspek kes rogol yang mengahwini mangsanya berusia 14 tahun bagi mengelak hukuman penjara akan dibawa semula ke mahkamah untuk dibicarakan sekali lagi, kata peguam tertuduh kepada AFP hari ini.

Ahmad Syukri Yusuf, 22, yang didakwa merogol mangsa kini berusia 15 tahun, pada tahun lalu, di negara yang menguatkuasakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika disabitkan bersalah.

Tetapi mahkamah di Sarawak pada minggu lalu yang tidak meneruskan kes itu selepas tertuduh dikatakan berkahwin dengan gadis yang didakwa sebagai mangsanya, mencetuskan kemarahan aktivis dan ahli politik.

“Ia kembali kepada asal. Perbicaraan akan didengar semula. Ia akan sukar kepada saya. Ia perbicaraan semula,” kata Azam Trudin yang mewakili Syukri.

Aktivis mengalu-alukan perbicaraan baharu yang dijangka diadakan pada penghujung September, dengan ada yang menggesa supaya perkahwinan kanak-kanak dianggap sebagai tidak sah.

Heang Lee Tan daripada Women’s Aid Organisation di Malaysia berkata perbicaraan semula akan menghantar mesej yang rogol ialah jenayah jenayah, yang tidak boleh diterima dalam masyarakat kita.

“Anda sokong tindakan ganas (rogol) itu dengan membenarkan perkahwinan itu berlangsung,” kata Meera Samanther daripada Persatuan Peguam Wanita di Malaysia.

“Kita patut haramkan semua perkahwinan kanak-kanak.”

Perkahwinan kanak-kanak bukan sesuatu yang luar biasa dalam masyarakat majoriti Islam di Malaysia.

Gadis bawah usia 16 tahun perlu memperoleh kebenaran daripada mahkamah syariah yang memutuskan perkara sivil untuk umat Islam – tetapi aktivis berkata kebenarannya terlalu sedang diberikan.

Selama bertahun-tahun ada saja gesaan mendesak kerajaan mengharamkan perkahwinan kanak-kanak.

Pada 2013, seorang lelaki yang merogol kanak-kanak 12 tahun mengahwini mangsanya untuk mengelak hukuman penjara, membangkitkan kemarahan hak asasi manusia. Bagaimanapun, tahun berikutnya mahkamah tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap bapa empat anak itu.

Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim pada Khamis berkata pihak berkuasa pada masa depan perlu mencegah suspek kes rogol daripada mengahwini mangsanya.