KJ kini ‘macai’ No 1, kata Tony Pua

tony-pua_khairy-jamaluddin_najib_600

PETALING JAYA: Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggambarkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai menjadi macai No 1 kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan “transformasi Khairy ke Dark Side (sisi gelap)” kini jelas sempurna.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tony berkata “kebijaksanaan yang tidak diragui” ketua Pemuda Umno itu nampaknya siap sedia untuk menghancurkan penerimaan golongan belia yang dibinanya selama bertahun-tahun apabila meminta pemimpin muda Umno mempertahankan Najib.

Tony memetik Khairy sebagai mendesak ahli Umno pada Selasa untuk mempertahankan pemimpin meskipun sampai ke tahap dilabel sebagai macai atau balaci.

Khairy menyusul desakan itu malam tadi dengan menuduh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) menunjukkan Malaysia sebagai pihak bersalah dengan mengemukakan tuntutan saman menyita aset yang dikaitkan dengan dana diselewengkan daripada 1Malaysia Development Bhd.

Tony menuduh Khairy membuat “mainan kata-kata yang sangat pintar”, untuk merendahkan pendakwa, mencemarkan tanggapan rakyat dan menarik simpati ahli parti.

Tony mendakwa DoJ mendakwa “Malaysian Official One” menyelewengkan AS$731 juta menerusi 1MDB dan berkata mana-mana pendakwa raya, termasuk di Malaysia, boleh merangka pendakwaan terhadap tertuduh berkenaan terhadap salah laku jenayah.

Dua minggu lalu, DoJ memfailkan aduan di mahkamah daerah di New York dan Los Angeles untuk menyita aset dikaitkan dengan dana 1MDB. DoJ mendakwa aset berkenaan diperoleh daripada dana yang diselewengkan daripada 1MDB dan diubah secara haram menerusi rantaian bank akaun. Tuntutan itu menamakan empat individu.

Najib berkata tindakan DoJ itu ialah saman sivil, bukan pendakwaan jenayah, dan beliau, kerajaan Malaysia serta 1MDB tidak secara langsung terbabit dalam tuntutan saman itu.

Tony berkata DoJ belum menyebut Malaysian Official One yang tidak dinamakan itu sebagai bersalah, seperti didakwa Khairu tetapi “cuma membentangkan fakta dan angka terperinci” untuk menyokong apa yang dipanggil “pertuduhan yang sangat serius dan meyakinkan” membabitkan pengubahan wang haram dan pencuri besar-besaran.

Tony berkata Khairy dan pemimpin BN lain gagal menafikan apa yang digelar “pertuduhan yang dikemukakan DoJ”.