Tiga maut, kereta terjunam longkang

puchong-utama

KUALA LUMPUR: Dua wanita dan seorang lelaki maut, apabila kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang berhadapan sebuah pasar raya di Puchong, hari ini.

Seorang daripada wanita itu dipercayai hamil.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, ketiga-tiga mangsa yang dipercayai berumur 30-an, tercampak keluar dari kenderaan terbabit akibat kemalangan di Jalan PU3, Taman Puchong Utama.

“Kereta jenis Honda HRV yang dinaiki mereka juga rosak teruk akibat nahas itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.06 pagi.

Mohd Sani berkata, semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.