Remaja suspek cubaan serang Marina Bay dibebaskan

is

PETALING JAYA: Polis Indonesia membebaskan seorang remaja 19 tahun yang merupakan antara 6 suspek diberkas Jumaat lalu berhubung cubaan melancarkan serangan roket ke Singapura dari Pulau Batam.

The Jakarta Post semalam melaporkan Muhammad Tegar Sucianto disoal siasat selama 10 jam.

Tegar ketika ditahan sedang dalam kenderaan sama dengan seorang lagi suspek, Gusti Yanda, 20, dalam perjalanan ke tempat kerja.

Tegar mengakui mengenali Gusti sejak sekolah menengah.

Bagaimanapun, dia mula melihat perbezaan dalam tindak tanduk kawannya, yang mula lebih menampakkan perwatakan warak.

Gusti merupakan antara 5 suspek yang masih ditahan, dan dituduh menganggotai kumpulan militan bernama [email protected] GR.

Siasatan mendapati mereka diarahkan seorang militan Indonesia di Timur Tengah, Bahrun Naim, melancarkan peluru roket ke Marina Bay, pusat bandar raya di tepi pantai yang turut menjadi tuan rumah Formula One Grand Prix dan menempatkan sebuah kasino dan bangunan pejabat.