Adun Sarawak tawar RM50,000 kepada Pandelela

pandalela

KUCHING: Ganjaran RM50,000 menanti Pandelela Rinong Pamg, jika ratu terjun negara itu mampu memenangi pingat emas pertama buat Malaysia di temasya Sukan Olimpik.

Adun Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep berkata, beliau akan menyumbang RM50,000 jika perenang berusia 23 tahun itu mampu menamatkan kemarau emas negara di temasya sukan terbesar dunia itu.

“Memang betul saya akan memberi ganjaran RM50,000 sekiranya Pandelela memenangi emas di Sukan Olimpik Rio yang sedang berlangsung ketika ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pandelela, pemenang pingat gangsa acara 10m platform individu pada Sukan Olimpik London 2012, akan memulakan aksinya dalam acara 10m platform seirama bersama Cheong Jun Hoong pada jam 4 petang Selasa waktu tempatan di Rio de Janeiro (3 pagi Rabu waktu Malaysia).

Sebelum ini, Henry menghadiahkan RM10,000 sebagai hadiah hari jadi ke-23 Pandelela.