Terima kasih, Nurul Izzah balas serangan Raja Nong Chik

izzah-raja-nong-chik

SUNGAI BULOH: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengucapkan terima kasih kepada bekas seterunya pada pilihan raya lepas, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, kerana membayangkan beliau bercita-cita tinggi dalam politik.

Nong Chik, ketua Umno Lembah Pantai yang tewas kepada Nurul Izzah pada pilihan raya 2013, sebelum ini menasihati anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menimba pengalaman menjadi wakil rakyat peringkat DUN “jika hendak menjadi perdana menteri”.

Nurul Izzah, ditemui pada sambutan hari jadi bapanya di luar Penjara Sungai Buloh malam tadi, bagaimanapun menasihati Nong Chik menumpukan perhatian kepada kemelut 1MDB.

“Saya ingat itu keutamaan dalam Umno, bukannya sibuk hal lain.

“Bagaimanapun terima kasih kepada beliau yang memberikan gambaran cita-cita saya yang tinggi,” kata naib presiden PKR itu.

Bagi Nurul Izzah, bertanding dalam pilihan raya adalah ketetapan parti.

“Pada saya semua ini kita mengikut arahan parti. Semua ada tugasan masing-masing dan saya tidak fikir bagi parti lain mencampuri urusan PKR itu satu yang boleh diterima pakai,” katanya .

Pautan: 

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/09/nurul-izzah-kena-jadi-exco-dulu-kata-raja-nong-chik/