Pulau Pinang beri gelaran ‘Datuk Seri’ kepada Ahmad Nawab

Ahmad-Nawab

GEORGE TOWN: Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad mendahului senarai 1,223 penerima darjah kebesaran dan pingat kehormatan negeri sempena sempena sambutan ulang tahun ke-78 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus berkata, Syaikh Ismail akan dikurniakan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Beliau turut mengumumkan komposer dan pemuzik terkenal Pulau Pinang, Datuk Ahmad Khan Nawab Khan yang lebih dikenali sebagai Ahmad Nawab yang menghasilkan lebih 2,000 lagu akan menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Ketua Polis Pulau Pinang, ACP Abdul Ghafar Rajab akan dikurniakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran “Datuk”.

Secara keseluruhannya, tujuh penerima akan dikurniakan DGPN, 11 individu menerima DMPN dan 75 penerima Darjah Setia Pangkuan Negeri yang turut membawa gelaran “Datuk”.

Seramai 92 penerima akan dikurniakan Darjah Johan Negeri, Bintang Cemerlang Negeri (37), Pingkat Kelakuan Terpuji (143), Pingat Jasa Kebaktian (377), Pingat Jasa Masyarakat (401) dan Pingat Bakti Setia (79).

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat kehormat negeri itu akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, mulai esok.