PAS saman Sarawak Report dalam tempoh kurang sebulan

hadi

KUALA LUMPUR: PAS akan mengemukakan saman terhadap Sarawak Report kurang sebulan daripada sekarang, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kami membuat keputusan untuk membawa kes ke mahkamah di England kerana difahamkan media tersebut berpusat di sana.

“Kami kenal peguam kanan (queen council) yang pernah ada hubungan dengan kita dalam kes sebelum ini. Dalam masa terdekat, dalam tempoh sebulan ini,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Sebelum ini laman web Sarawak Report mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tuduhan itu dibidas beberapa pemimpin PAS termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menegaskan PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Sarawak Report kerana berniat jahat dan mencemar nama baik parti serta dasar Islam yang menjadi teras kepada parti itu.