Syarikat Singapura lancar aplikasi solat dalam pesawat

crescent-trips

SINGAPURA: Sebuah syarikat berpangkalan di Singapura melancarkan aplikasi iPhone yang mengingatkan umat Islam waktu solat dan arah kiblat ketika berada di ketinggian 35,000 di udara.

Pengembara hanya perlu mengisi butir penerbangan bagi membolehkan waktu solat sepanjang perjalanan mereka disediakan, berserta arah menghadap Kaabah di Mekah.

Ketua Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen berkata syarikat yang memberikan tanda halal kepada hotel dan syarikat pelancongan berkenaan, turut bercadang menjadikan aplikasi percuma dinamakan Crescent Trips itu dapat dicapai menerusi telefon pintar Android juga dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Aplikasi itu juga memuatkan klip audio untuk solat – umat Islam diwajibkan menunaikan solat lima kali sehari semalam pada waktu tertentu – dan mereka dapat membacanya menerusi aplikasi itu.

“Pengembara Muslim mungkin pasaran belum diterokai yang terbesar dalam industri pelancongan hari ini,” kata Ketua Pegawai Operasi Crescentrating Dany Bolduc.

Perbelanjaan pelancong Muslim kini semakin berkembang dan diramalkan mencecah AS$192 bilion setahun menjelang 2020, meningkat daripada AS$126 bilion pad 2011, menurut kajian dikeluarkan tahun lalu oleh Crescentrating and DinarStandard, syarikat berpangkalan di AS yang mengkaji pasaran gaya hidup Muslim.