Mayat kanak-kanak dipercayai mangsa culik ditemui

Noor-Amila-Edrus_polis_6001

KUALA LUMPUR: Mayat seorang kanak-kanak lelaki dipercayai yang dilaporkan hilang di Jinjang Utara, Khamis lalu, ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, di sini hari ini.

Menurut sumber polis, mayat itu ditemui kira-kira 12.30 tengah hari tadi selepas seorang lelaki dipercayai mempunyai pertalian keluarga yang ditahan sebelum ini, membawa polis ke lokasi itu.

Polis masih menjalankan siasatan mengenai kes itu.

Khamis lalu, Noor Amila Edrus Norsham, 5, dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang ke rumah selepas waktu Maghrib.

Kanak-kanak itu kali terakhir dilihat memakai baju belang berwarna merah, kuning dan hijau.