Paul Low ikrar pesalah 1MDB akan dihukum

Paul-Low-dojs-1mdb

PETALING JAYA: Jika terbukti ada pihak menyeleweng dana 1MDB, kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku dan individu bersuhabat dengan mereka, memandangkan kredibiliti serta reputasi kerajaan sedang dipertaruhkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low dalam teks ucapan yang diemel kepada FMT berkata, wang yang dicuri daripada 1MDB perlu dikembalikan sepenuhnya dan mereka yang didapati bersalah perlu dihukum mengikut undang-undang Malaysia dan negara di mana wang haram itu digubah.

“Pendakwaan jenayah perlu dimulakan dan undang-undang mesti dipertahankan.

“Agensi penguatkuasaan dan Peguam Negara perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua agensi antarabangsa untuk menangani perkara itu dengan cara sewajarnya bagi mengurangkan persepsi negatif serta mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya sempena Simposium Tadbir Urus 2016 di ibu negara, hari ini.

Bulan lalu, Peguam Negara AS, Loretta Lynch mengumumkan tindakan sivil diambil bagi menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dikaitkan dengan konspirasi pengubahan wang haram daripada dana 1MDB.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikecamparti pembangkang dan orang ramai susulan tuduhan rasuah berkaitan 1MDB yang sarat menanggung hutang dan deposit wang dimasukkan ke akaun peribadinya bernilai kira-kira AS$680 juta.

DoJ menamakan empat nama, termasuk Riza Aziz yang merupakan anak tiri Najib dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

BACA JUGA:

Laluan sukar menanti DoJ dalam siasatan kes 1MDB