Wujudkan tabung pemberhentian kerja sekarang, desak PSM

retrenchment

PETALING JAYA: Wujudkan tabung pemberhentian kerja sekarang, kata Parti Sosialis Malaysia mendesak kerajaan memandangkan keadaan pekerja yang semakin membimbangkan di seluruh negara.

Setiausaha agungnya, A Sivarajan menggesa Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot supaya mewujudkan dana itu dengan kadar segera kerana banyak syarikat kini menggulung operasi.

“Menteri perlu beri perhatian khas kepada kes itu. Beliau perlu tangani masalah itu sekarang. Tak boleh tangguh sehingga rang undang-undang (RUU) dibentangkan,” tegasnya.

Sivarajan menyorot perhatian kepada nasib 400 pekerja High-5 Consolidated Bhd dan Paragon Converters Sdn Bhd yang diberhentikan dalam dua bulan lalu.

Sementara itu, lebih 300 pekerja Persatuan Automobil Malaysia (AAM) mendakwa tidak menerima bayaran sejak empat bulan lalu, namun pihak pengurusan semalam berjanji akan membayar semua tunggakan tidak lama lagi.

PSM kini mengumpul 20,000 tandatangan seluruh negara untuk satu petisyen menekan kerajaan menyegerakan pembentangan RUU itu.

Bendahari PSM Soh Sook Hwa berkata tandangan akan diserahkan terus ke Kementerian Sumber Manusia.

“Ini bagi membantu pekerja yang tidak punyai akses kepada sebarang pampasan, sekiranya mereka kehilangan kerja,” katanya kepada FMT. “Kita ramal lebih banyak pemberhentian kerja dalam masa terdekat.”

Sook Hwa berkata ketiadaan dasar pro-pekerja untuk melindungi pekerja, serta kemelesetan ekonomi yang dihadapi syarikat seluruh negara.

Pada masa ini, PSM mengedarkan risalah dan kad untuk tandatangan itu di Perak dan Pahang.

Satu talian diwujudkan khusus untuk pekerja yang diberhentikan menghantar aduan menyaksikan sekurang-kurangnya 300 aduan dibuat pada Julai.