‘Apa jadi dengan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah?’

sanjeevanPETALING JAYA: Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan hari ini mengingatkan ketua polis negara akan prinsip “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah” dalam undang-undang.

Sanjeevan, yang digelar penjenayah oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pegawai tertinggi polis itu memfitnah secara terbuka dan mungkin juga sudah mencampuri kes mahkamah yang belum selesai kerana menggambarkan dia seolah didapati bersalah.

“Apa jadi dengan konsep tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah? Dalam kes saya, perbicaraan masih berjalan. Beliau berkata saya seorang penjenayah membuatkan saya tertanya samada beliau sudah tahu apa keputusannya nanti.

“Saya akan rujuk peguam saya, Gobind Singh, dan melihat kemungkinan untuk menyaman Khalid.

“Beliau haruslah memohon maaf secara terbuka kerana melabel saya sebegitu rupa,” kata Sanjeevan ketika dihubungi FMT.

Khalid dilaporkan membuat kenyataan itu ketika diminta mengulas dakwaan Sanjeevan mengenai kemungkinan rasuah dan salahguna kuasa olehnya, selepas seorang ahli keluarga dituduh menjadi pengarah di Akademi Menembak Unggul.

“So I feel that I don’t have to answer to a criminal who is charged in court (Jadi saya rasa saya tak perlu menjawab seorang penjenayah yang didakwa di mahkamah),” kata Khalid lapor Malay Mail Online.

Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng melalui Twitter mengulangi kenyataan Sanjeevan, dengan berkata tertuduh sekadar suspek, bukannya penjenayah.

Khalid menjawab dengan tangkap layar takrif perkataan “criminal” dalam Kamus Webster, yang ditakrifkan sebagai “involving illegal activity (melibatkan aktiviti haram)”.

Sanjeevan, bagaimanapun, menyoal samada Khalid berasa tertekan kerana perniagaan senjata api keluarganya didedahkan dan melepaskan geram terhadapnya yang bertanggungjawab keatas pendedahan itu.

“Apabila orang ramai tahu syarikat senjata api anak perempuannya, Khalid dengan cepat bertindak dengan berkata lesen operasi syarikat itu diperoleh sebelum beliau menjadi KPN, dan beliau melarang syarikat itu memohon tender kerajaan.”

Sanjeevan meruju kepada Nilai Arms and Ammunitions Sdn Bhd, syarikat senjata api separuh milikan anak perempuannya dan ipar.

“Tetapi kali ini beliau mendiamkan diri, langsung tidak boleh jelaskan kepada orang awam samada berlakunya percanggahan kepentingan antara kedudukannya dan akademi menembak abangnya.”

Sanjeevan, dengan dokumen pendaftaran Akademi Menembak Unggul, yang didakwa dimiliki abang Khalid, Abdullah Abu Bakar, semalam membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

Model berbayar akademi itu dikatakan RM400,000 dan didaftarkan pada 1 November 2013, enam bulan selepas Khalid dilantik menjadi ketua polis negara.