Isu MO1: Polis akan panggil ahli Parlimen Langkawi

khalidKUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berhubung kenyataannya Yang di-Pertuan Agong adalah ‘Malaysian Official 1’ (MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sudah menerima beberapa laporan mengenai perkara itu dan siasatan akan dijalankan.

“Kami akan memanggil ahli Parlimen berkenaan untuk merakam keterangannya dalam tempoh yang terdekat,” katanya kepada pemberita bersempena majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman di sini.

Nawawi sebelum ini memuat naik status di laman Facebooknya menyatakan Yang di-Pertuan Agong ialah MO1 bertanggungjawab terhadap kerajaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

DoJ menyebut MO1 dalam laporan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana yang didakwa diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pautan

MO1: Nawawi dakwa kenyataannya diputar belit

Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong