Chong Wei akhiri kempen Olimpik dengan pingat perak

wei_chen1

RIO DE JANEIRO: Kemenangan tidak menyebelahi Lee Chong Wei di kemuncak kesukanan dunia Olimpik Rio, apabila tumpas kepada jaguh badminton nombor dua dunia, Chen Long dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki malam tadi.

Bagaimanapun, jaguh nombor satu dunia itu mengakhiri kerjaya Olimpik dengan aksi yang membanggakan, serta membuka jalan kepada bakat muda negara sebelum Tokyo2020.

Debaran perlawanan separuh akhir nampaknya membawa ke pertembungan Chong Wei dan Chen Long. Kedua pemain saling kejar-mengejar dan saling mendahului beberapa kali di separuh masa pertama set pertama.

Perlawanan sememangnya sengit, dan beberapa kali keputusan pengadil dicabar namun akhirnya Chen Long berada di depan.

winmdl

Chong Wei bangkit dengan semangat tetapi set dimenangi Chen Long 18-21 dalam pusingan yang berlangsung 35 minit – kurang satu minit daripada perlawanan epik semalam.

Separuh masa kedua bermula dengan baik untuk Chen Long dan beliau mendahului 4-1, tetapi Chong Wei bingkas merapatkan jurang 4-4, tetapi China berjaya mendapat mata seterusnya.

Jaguh Malaysia memintas dan mendahului dengan empat mata lagi seraya menjadikan mata 8-5. Chen Long bagaimanapun kembali melawan dan berjaya memintas cubaan Chong Wei dengan enam mata dan terus memastikan dia sentiasa berada di depan dengan jarak 3 mata.

Apabila keputusan menjadi 16-20, Chong Wei cuba merapatkan jurang dengan dua mata, namun jurang yang cuba dirapatkan terlalu luas dan Chen Long menjuarai pusingan dengan 18-21 dalam masa 38 minit.

Chong Wei merangkul pingat perak dan Malaysia meraih perak ketiga dalam sukan badminton di Rio Olimpik. Empat perak daripada acara selam dan gangsa dalam acara berbasikal, Malaysia akhiri kempen dengan rekod pingat baharu.

Tahniah kepada kontinjen Malaysia dan pemenang pingat yang kita banggakan – Lee Chong Wei, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Goh Liu Ying, Chan Peng Soong, Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong dan Azizulhasni Awang.