Suspek bom di Phuket lari ke Malaysia

Ahama LenghaPETALING JAYA: Seorang lelaki Thailand yang bekerja di Malaysia, Ahama Lengha sedang dijejaki pihak berkuasa berhubung serangan bom di Phuket dan resort Hua Hin minggu lalu yang menyebabkan empat terbunuh dengan ramai lagi cedera.

Akhbar Nation di Bangkok melaporkan lelaki itu, dari daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat dipercayai melarikan diri ke Malaysia.

Akhbar itu memetik penduduk Tak Bai sebagai berkata Ahama bekerja di sebuah kilang baja di Malaysia, seberang sempadan berhampiran dan biasanya pulang ke rumah setiap hujung minggu.

Waran tangkap sudah dikeluarkan terhadapnya apabila sampel DNA dari lokasi pengeboman itu padan dengan DNA yang diperoleh pada 2008 bagi satu pembabitannya dalam kegiatan keganasan di selatan Thailand.

Laporan itu memetik pegawai berkata lelaki terbabit mahu tampil kepada pihak berkuasa dalam kes pada 2008 tetapi hilang selepas waran tangkap baharu dikeluarkan.

The Nation berkata saudara dan rakan suspek menggambarkan dirinya sebagai seorang yang baik dan sering terlibat dengan kerja masyarakat.

Pautan

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/13/pdrm-terima-serpihan-telefon-bimbit-letupan-bom-di-thailand/