Badminton China bersinar di Olimpik, Eropah mula bangkit

olimpik

RIO DE JANEIRO: Agihan pingat dan kebangkitan Eropah di Rio memberi semangat baharu kepada acara badminton di Olimpik yang didominasi China, selepas empat tahun pertandingan sukan itu dibelenggu skandal di London.

Sukan itu memerlukan lonjakan di kejohanan pertama yang diadakan di Amerika Selatan selepas imejnya tercemar empat tahun lalu susulan lapan pemain sengaja bermain untuk kalah dalam pertandingan bagi mendapatkan lebih banyak seri.

Ia pertandingan dramatik disaksikan ramai penonton yang teruja di Riocentro.

Kuasa besar badminton China duduk di tangga teratas dalam jumlah kutipan pingat dengan menjuarai kategori lelaki perseorangan dan beregu di Rio.

Pertahanan China yang berjaya menyapu bersih lima gelaran, sebelum itu digugat terlebih dulu apabila pemain wanita perseorangan dan beregu dikalahkan pemain Eropah.

Carolina Marin dari Sepanyol, yang diberi jolokan sebagai Rafa Nadal badminton, menyingkirkan Li Xuerui dari China sebelum memusnahkan harapan India untuk memegang pingat emas pertama di Rio dengan membelasah Pusarla Sindhu.

Kemenangan itu menjadikan Eropah memenangi gelaran pertamanya dalam tempoh 20 tahun dan hanya kali kedua sejak kemunculan sukan itu kali pertama pada 1992 pada kejohanan Olimpik.

Sindhu bagaimanapun tunduk sambil gembira menjadi wanita India pertama berjaya memenangi pingat perak dalam mana-mana acara sekalipun.

Pemenang pingat perat, Danes Kamilla Rytter Juhl dan Christinna Pedersen mengakhiri 20 tahun China dalam acara beregu wanita tetapi pingat emas jatuh kepada Ayaka Takahashi dan Misaki Matsutomo dari Jepun.

Juara dunia nombor satu Lee Chong Wei menewaskan musuhnya dan juara dua kali Lin Dan dari China dalam separuh akhir lelaki perseorangan tetapi rakyat Malaysia sekali lagi kecewa apabila Chong Wei berjaya membawa pulang pingat perak, kali ketiga sepanjang penyertaannya dalam Olimpik.

Lin Dan menewaskannya di London dan Beijing tetapi Chen Long tampil di sebalik bayang-bayang hebat China untuk menafikan kemenangan Chong Wei di Rio.

Malaysia turut kecewa dengan beregu lelaki dan pasangan beregu campuran yang tewas dalam pertandingan akhir, menjunamkan harapan negara untuk mendapatkan emas Olimpik yang pertama.

Fu Haifeng dan Zhang Nan dari China merampas kejuaraan beregu lelaki sementara Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir memberikan pingat emas pada Indonesia bagi beregu campuran.