Trafik kembali lancar di lebuh raya utama malam ini

lembaga lebuhraya malaysiaKUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan lancar setakat 9.30 malam ini ketika kebanyakan warga kota pulang untuk menyambut Aidiladha esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata aliran trafik di semua lebuh raya termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 lancar dan terkawal.

Sementara itu, jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik menuju ke utara dan selatan juga dilaporkan bergerak lancar dan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.