Shafee sedia berdepan peguam AS dalam rayuan kes Anwar

Kimberley-MotleyPETALING JAYA: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan terhadap dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu berkata beliau bersedia berdepan dengan peguam Amerika Syarikat, Kimberly Motley, dalam mencabar keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Kita kaji dahulu. Saya selalu bersedia menentang,” kata Shafee dalam jawapan ringkasnya kepada FMT.

Motley dilantik Anwar secara pro-bono (tanpa bayaran) bagi membantu beberapa kes sedang berlangsung termasuk semakan penghakiman keputusan Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan hukuman 5 tahun penjara terhadap Anwar pada Februari 2015.

Semalam, Motley dihalang bertemu Anwar di Penjara Sungai Buloh walaupun selepas permohonan bertulis kepada Jabatan Penjara pada 10 September.

Shafee berkata Motley tidak layak menjadi peguam kepada Anwar sekiranya tidak berdaftar di Malaysia.

Pada 10 Februari tahun lalu, Anwar gagal dalam rayuannya mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang menyabitkannya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu dibuat panel 5 hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Pautan:

Hanya satu cara bebaskan Anwar