JPM tidak bincang pindaan akta kahwin, cerai dengan majlis agama kerana ‘sulit’

Joseph-Kurup_law_600

KUALA LUMPUR: JPM tidak menjemput Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoism Malaysia (MCCBCHST) untuk berdialog dengan kerajaan berhubung cadangan pindaan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Menterinya, Tan Sri Joseph Kurup berkata ini kerana draf pindaan itu adalah sulit.

Beliau mengulas kenyataan Majlis berkenaan mereka tidak dijemput untuk berdialog.

“Kami sudah mengumpul pandangan mereka dan akan membincangkan dengan lebih lanjut,” katanya selepas melancarkan sambutan Hari Malaysia anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden KLSCCCI, Datuk Ter Leong Yap.

Pada 25 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kabinet bersetuju membentangkan cadangan untuk meminda Akta berkenaan pada persidangan Parlimen akan datang.

Najib berkata ia sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani isu penukaran agama dan menambah cadangan pindaan itu akan diselaraskan secepat mungkin oleh Kementerian Dalam Negeri.

Pautan:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/09/13/pindaan-akta-kahwin-cerai-pandangan-badan-antara-agama-tidak-diambil/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/25/pm-umum-cadangan-pindaan-undang-undang-perceraian/