Akta Kahwin, Cerai: Mengapa rujuk Gerakan, elak badan antara agama, soal DAP

kulaPETALING JAYA: Ahli Parlimen Ipoh Barat mengkritik Kerajaan Persekutuan kerana tidak mengambil pandangan semua pertubuhan yang mempunyai kepentingan dalam pindaan akta kahwin dan cerai berkaitan penukaran agama dan perlindungan kanak-kanak.

M Kula Segaran dari DAP berkata kerajaan yang tidak mempunyai keberanian politik menyebabkan pindaan tertangguh sekian lama.

Bagaimanapun, selepas keputusan dibuat untuk membentangkan pindaan yang diperlukan ke Parlimen, kerajaan sepatutnya memastikan semua isu berbangkit diselesaikan secara muktamad dan disokong semua pihak.

Beliau mempertikaikan mengapa Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) tidak ditunjukkan pindaan keatas Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau diambi pandangan mereka.

Beliau juga mempertaikan mengapa Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong diberi salinan pindaan itu. Andy dilaporkan berkata pindaan itu mempunyai kesilapan teknikal dan tidak memenuhi matlamat melindungi kanak-kanak daripada penukaran agama sebelah pihak.

“Apakah beliau diberi cadangan pindaan itu boleh Menteri Ma Siew Keong (Presiden Gerakan) atau kerana kerajaan terlebih dahulu mahu berunding dengan parti komponen BN sahaja?” kata Kula, yang merupakan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.

Beliau menegaskan kerajaan perlu mengambil pandangan semua pihak berkepentingan.