Satu undi di Putrajaya bersamaan 10 di Damansara, kata Kit Siang

putrajayaPETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dicabar supaya dedahkan sama ada ia masih mendakap “agenda rahsia” memastikan Umno terus berkuasa.

Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata agenda itu didedahkan bekas Pengerusi SPR Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman pada 2013.

Selepas menguruskan enam daripada 13 plihan raya, dan tiga dari empat persempadangan kawasan pilihan raya, Ab Rashid mendedahkan persempadanan sebelum ini untuk “memastikan orang Melayu, sebenarnya Umno, kekal berkuasa”.

Katanya pengerusi sekarang ini, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah perlu jelaskan sama ada perubahan sempadan yang dicadangkan untuk lebih 120 kawasan pilihan raya lebih tidak demokratik berbanding persempadanan sebelum ini, ertinya melanggar prinsip “satu pengundi, satu undi, satu nilai”.

Kit Siang berkata satu undi di Putrajaya (jumlah pengundi: 15,627) bersamaan 10 undi di kerusi Damansara (dahulu Petaling Jaya Utara) di Selangor (jumlah pengundi 150,439).

Beliau meminta SPR supaya menjelaskan ketaksamaan jumlah pengundi yang besar antara pengundi di kedua kawasan. Katanya ketaksamaan antara jumlah pengundi terbanyak dan terkecil semakin luas.

Di Selangor, Kapar mempunyai 144,159 pengundi (2013) manakala Petaling Jaya Utara (kini Damansara) mempunyai 150,439 pengundi (2016). Beliau membanding jumlah pengundi di Sabak Bernam pada 2013 (37,318) dan 2016 (37,126).

Beliau turut membanding angka untuk Gelang Patah dan Labis di Johor.