Tidak tegur Jeff Ooi, DAP tunjuk wajah sebenar, kata PAS

Khalil Abdul HadiKUALA LUMPUR: DAP menunjukkan warna sebenarnya kerana gagal menegur wakil rakyat mereka berhubung komen biadab terhadap bekas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia baru-baru ini, kata Pemuda PAS.

Timbalan Ketua Muhammad Khalil Abdul Hadi merujuk kepada status Twitter Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi semalam yang menulis “Adios Haron Din. Let there be peace, yang kemudian ditukar kepada “Received a personal call awhile ago. Farewell. Let there be peace.”

Bercakap kepada pemberita diluar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Khalil berkata status sebegitu “sangat berat” tetapi kegagalan DAP menegur Ooi mengecewakan.

“Jeff seorang ahli Parlimen yang paling kurang ajar di negara ini apabila sanggup keluar kenyataan yang sangat tidak sesuai.

“Ia membayangkan wajah DAP apabila tidak ada sebarang teguran dari pimpinan parti terhadap sikapnya,” katanya.

Khalil menjelaskan Islam mengajar menghormati orang yang meninggal dunia walaupun jenazah bukan beragama Islam.

“Kami sangat kesal kenyataan oleh beliau yang buat komen hina almarhum dengan kata-kata tidak layak yang boleh timbulkan keadaan tidak harmoni.”

“Almarhum seorang yg diterima semua pihak, saya harap dia buat maaf terbuka.”