Tumpu isu ekonomi, usah bimbang Dr M, pesan ahli Parlimen kepada siswa

wong-chen_politics_600KUALA LUMPUR: Siswa perlu berpolitik, tetapi tidak bermakna mereka perlu bekerja sepenuh masa untuk parti politik, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen.

Pemimpin PKR itu berkata politik “tidak boleh dielak” tetapi siswa tidak perlu menyusahkan diri dengan “isu politik harian” tetapi tumpu kepada perkara utama, seperti ketidaksamaan kekayaan.

“Usah bimbang tentang Tun Dr Mahathir Mohamad atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia tetapi tumpu kepada sistem ekonomi,” kata Wong di Kongres Mahasiswa Kebangsaan hari ini.

Beliau menyeru anak muda supaya membabitkan diri dalam politik dengan lebih giat selepas mendapat “kerjaya yang mantap” dan peroleh pengalaman yang mencukupi.

“Sepanjang tempoh bekerjaya, siswa digalakkan supaya kekalkan hubungan dengan badan bukan kerajaan dan parti politik. Selepas peroleh pengalaman, turun ke lapangan dan berkhidmatlah,” kata Wong.

Kongres Siswazah Kebangsaan turut dihadiri pimpinan PKR lain seperti Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.