Tiada rakyat Malaysia cedera dalam letupan New York

ny

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam insiden letupan di 135 West 23rd Street, Chelsea di New York pada Sabtu.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata sehingga kini seramai 29 orang dilaporkan cedera dalam letupan yang berlaku pada 8.30 malam itu.

“Tiada warganegara Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden ini.

“Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Wisma Putra akan terus memantau perkembangan berhubung insiden itu dari semasa ke semasa.

Selain itu, warganegara Malaysia yang berada di sekitar New York yang memerlukan bantuan konsular boleh berhubung secara terus dengan Konsulat Jeneral Malaysia di New York.