Syarikat Russia jual katil berbentuk peluru berpandu BUK

carbus

KUALA LUMPUR: CaroBus, sebuah syarikat berpusat di St. Petersburg menjual katil kanak-kanak berbentuk pelancar peluru berpandu BUK, menurut laporan Mirror.

Katil itu dijual pada harga menjual pada AS$157 atau kira-kira RM650.

Katil BUK versi kanak-kanak itu sebahagian daripada siri “pembela tanahair” untuk menggalakkan kanak-kanak menjadi askar.618

Ia adalah peluru berpandu BUK yang digunakan pemberontak pro-Moscow di timur Ukraine untuk menjatuhkan pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai 2014, menurut penyiasat yang diketuai Belanda minggu lalu.

“Ketika siasatan (MH17) berakhir, akan ada beribu-ribu katil BUK di bilik tidur kanak-kanak. Sukar untuk memuktamadkan pihak bersalah yang sebenar,” petik kata satu komen.

Hubungan komen tersebut dengan dengan laporan MH17 yang dijatuhkan oleh pemberontak pro-Moscow di timur Ukraine bagaimanapun tidak begitu jelas.

Satu lagi komen yang dilaporkan dalam laporan Mirror berkenaan katil itu ialah, “Mungkinkah kita perlu melarang kanak-kanak bermain di ‘perang’?”

Pengarah CaroBus, Anton Koppel berkata beliau tidak melihat sebarang keabnormalan pada katil itu.

“Ada (kanak-kanak) yang membesar menjadi doktor, ada yang menjadi pembuat kek dan beberapa lagi tentera,” katanya kepada Fontanka News Agency.

Wartawan, Oleg Kashin tertanya-tanya jika ia adalah sejenis “jenaka”.

“Adakah akan ada alat mainan terbakar sebagai bonus?” petik satu komen di laman produk CaroBus.

Katil BUK dilengkapi bendera Rusia dengan asas berbentuk pelancar BUK M-1 dalam kedudukan melancarkan peluru berpandu. Kawasan tidur adalah 38 cm di atas lantai.

Sekali lagi, ia BUK M-1 yang menembak jatuh MH17.

CaroBus juga mempunyai katil lain dalam koleksinya: tangki Patriot, bas London dengan bendera UK, katil Puteri merah jambu dalam bentuk kereta kuda diraja, bot lanun dan Lamborghini.

Katil pelancar BUK M-1 diiklankan dalam laman web syarikat tersebut sebagai “model baru dari kilang kami”.

Pengiklanan itu turut menjelaskan kepakaran syarikat tersebut menjual perabot kreatif kanak-kanak seperti katil yang direka sebagai kereta, kapal dan lain-lain”.

Menurut iklan itu, pelanggannya amat berpuas hati dengan kualiti produk.

“Yang paling berpuas hati adalah kanak-kanak yang membeli dan terus membeli katil ini,” kata laman web itu.

Moscow menafikan dakwaan MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK dari Rusia di wilayah pemberontak.

Ia mendakwa penyiasat telah mengabaikan bukti penting yang menyalahkan tentera Ukraine.