Polis kompaun kereta mewah milik ‘Datuk Seri’

amar

KUALA LUMPUR: Dua buah kereta mewah dikatakan milik seorang “Datuk Seri” di kompaun pihak polis.

Bercakap di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh berkata, kedua-dua kereta – sebuah Rolls Royce dan Lamborghini – ditahan dan dikompaun kerana melanggar peraturan di bawah Akta Kastam.

Katanya, laporan berkenaan kereta itu dibuat oleh orang ramai pada 2 hari lepas.

“Kereta Rolls Royce itu ditemui 2 hari lepas dengan plat lesen palsu dan siasatan mendapati ia tidak didaftarkan dengan (Jabatan Pengangkutan Jalan) JPJ, manakala Lamborghini ditemui semalam dan mendapati ia mempunyai beberapa rekod kesalahan,” katanya.

Menurut Amar, Rolls Royce didapati dipandu seorang pemandu berusia 30-an.

Kedua-dua kereta, bernilai RM3.4 juta, dijumpai di Pavilion, Raja Chulan.

Amar berkata, siasatan mendapati pemilik kenderaan itu memiliki beberapa perniagaan di Kelantan tetapi tidak menjawab berkenaan jenis perniagaannya.

Apabila ditanya sama ada terdapat rasuah, Amar berkata kes itu hanya disiasat di bawah Akta Kastam.

“Datuk Seri” berusia sekitar 50-an itu kini berada di luar negara.

Polis mengatakan beliau akan disoal sebaik sahaja kembali ke negara ini.

Beliau tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.