Mahkamah Jerman benarkan saman PBT jika tak cukup pusat jagaan

german-daycareBERLIN: Ibu bapa yang tidak dapat kembali bekerja kerana gagal mendapat tempat di pusat jagaan kanak-kanak bagi anak mereka patut diberi pampasan bagi kerugian gaji, putus mahkamah tertinggi Jerman pada Khamis.

Di bawah dasar mesra kanak-kanak yang bertujuan menaikkan kadar kelahiran yang rendah di Jerman, para ibu bapa dijanjikan tempat di pusat jagaan bagi setiap kanak-kanak seawal umur setahun sejak Ogos 2013.

Bagaimanapun, 3 ibu dari bandar timur Leipzig membawa pihak berkuasa tempatan ke mahkamah kerana mereka tidak dapat mencari pusat jagaan bagi anak-anak mereka.

Semua ibu itu mengatakan mereka kehilangan jumlah sejumlah €15,100 (AS$16,400) gaji kerana ketiadaan tempat di pusat jagaan kanak-kanak.

Mahkamah negeri sebelum ini menolak kes mereka, tetapi mahkamah perlembagaan menterbalikkan keputusan itu.

Keputusan pada Khamis berkata, pihak berkuasa tempatan hanya terlepas jika dapat membuktikan kekurangan pusat penjagaan kanak-kanak timbul walaupun perancangan teliti dilakukan di pihak mereka.

Kekangan kewangan bukan alasan yang kukuh, kata mahkamah kerana di bawah undang-undang, bandar “mempunyai tanggungjawab menyediakan bilangan pusat penjagaan kanak-kanak yang mencukupi “.

Walaupun pemerintah membuka jalan bagi lebih banyak potensi tindakan undang-undang, Persekutuan Bandaraya dan Bandar Jerman – badan rasmi yang mewakili kerajaan tempatan, percaya ia tidak akan berlaku.

Ia berkata terdapat kira-kira 435,000 tempat pusat jagaan kanak-kanak sejak beberapa dekad yang menjadikan jumlah keseluruhan 720,000.

Bagaimanapun, dengan kedatangan hampir 900,000 pencari suaka ke Jerman, kuasa ekonomi terbesar di Eropah, ia berada di bawah tekanan bagi membuka lebih banyak tempat penjagaan kanak-kanak.

Negara ini juga menyaksikan lebih ramai bayi baru lahir, menurut data rasmi.

Sejak 35 tahun lalu, Jerman mencatatkan kejatuhan yang stabil dalam kadar kelahiran, hingga mencapai tahap terendah 1.49 kanak-kanak bagi setiap wanita yang melahirkan pada 1968, kata Institut Persekutuan bagi Populasi Penduduk.

Namun, wanita yang lahir pada tahun berikutnya mempunyai lebih anak, menjadikan kadar kelahiran kepada 1.56 bagi setiap ibu yang lahir pada 1973.