Beregu utama negara mara ke separuh akhir Terbuka Denmark

Yonex Denmark OpenKUALA LUMPUR: Beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong terus mempamerkan aksi cemerlang pada Terbuka Denmark apabila berjaya mara ke separuh akhir, malam tadi.

V Shem-Wee Kiong mengambil masa 46 minit untuk menundukkan beregu China, Li Junhui-Liu Yuchen 21-18, 25-23 dalam perlawanan sengit suku akhir yang berlangsung di Odense Sports Park, Denmark.

Menanti mereka di separuh akhir ialah pemenang perlawanan antara beregu tuan rumah, Mathias Boe-Carsten Mogensen yang juga merupakan pilihan kedua kejohanan dan pasangan pilihan keenam dari Rusia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov.

Sementara itu, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan bertemu Brice Leverdez dari Perancis pada saingan suku akhir awal pagi ini waktu Malaysia.

Chong Wei pernah menjuarai Terbuka Denmark pada 2005, 2006 dan 2012.