Tindakan keluar Dewan sudah dirancang, kata Pandikar

Pandikar-ParlimenKUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mendakwa mogok dilakukan pembangkang semasa pembentangan Bajet 2017 dirancang dan tiada kena mengena dengannya.

“Saya mendengar mengenainya. Orang memberitahu saya sehari lebih awal rancangan tersebut.

“Jangan main-main dengan saya Permatang Pauh,” katanya, merujuk kepada ahli Parlimen PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang mengetuai ahli Parlimen pembangkang yang keluar Dewan minggu lalu.

Majoriti ahli Parlimen pembangkang memutuskan keluar semasa pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat lalu, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencabar mereka berbuat demikian.

“Drama” bermula apabila Najib dikatakan menyinggung ahli Parlimen pembangkang dengan menyerang bekas pemimpin, termasuk bekas perdana menteri dan timbalan perdana menteri yang menyokong pembangkang.

Ramai daripada ahli Parlimen pembangkang kemudian berdiri memegang sepanduk yang tertulis “Siapakah MO1?” MO1 adalah singkatan bagi “Malaysian Official 1”, satu istilah yang terdapat dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad.

Melihat kekecohan yang terjadi dengan beberapa penyokong Barisan Nasional menjerit kepada pembangkang, Pandikar berkata sekiranya ahli Parlimen tidak berminat terhadap ucapan Bajet 2017, mereka boleh meninggalkan Dewan.

Najib kemudian mencabar pihak yang “tiada substance” meninggalkan dewan, menuduh pembangkang mewujudkan drama.

Pandikar mendakwa pembangkang sedang “bermain permainan” yang diketuai Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dengan mempersoalkan apa yang dimaksudkan dengan perkara itu.

“Tuan speaker, apa permainan yang dimaksudkan? Saya tidak berada di Dewan pada Jumaat. ”

Justeru, Pandikar menjawab: “Oleh kerana anda bertanya. Apabila ahli Parlimen meninggalkan Dewan, mereka semua sudah membuat keputusan lebih awal untuk melakukannya.”