Keadaan bangunan mahkamah Pulau Pinang menyedihkan, kata peguam

rayer

GEORGE TOWN: Bangunan Mahkamah Tinggi di sini berada dalam keadaan teruk, kata seorang peguam. Terdapat keretakan, palang jatuh dan beberapa perkara tidak sepatutnya di beberapa bahagian bangunan era kolonial di Light Street itu.

Menyuarakan kebimbangan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R S N Rayer memberi amaran kepada rakan-rakan peguam dengan berkata batu bata jatuh dan penutupan tangga kayu boleh mengakibatkan kesan berbahaya dalam jangka masa panjang.

Beliau menggesa pihak berkuasa mengambil perhatian terhadap keselamatan bangunan sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Terdapat retak yang besar seolah-olah muncul di siling konkrit dan bumbung kayu.

“Akses ke tempat letak kereta di salah satu hakim Mahkamah Tinggi juga dikepung bagi kerja pembaikan hingga ke siling.

“Saya terpaksa mengetengahkan perkara ini kerana semua orang seolah-olah sibuk tentang kerja mereka walaupun sedar bahaya yang wujud,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Rayer berkata, pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengesahkan ia selamat secepat mungkin.

Bangunan Mahkamah Tinggi, yang menempatkan bekas Mahkamah Agung dibina pada 1904.

Ia kini menempatkan 5 Mahkamah Tinggi, 4 Mahkamah Sesyen dan 3 Mahkamah Majistret.

Sebelum itu, mahkamah lama turut berada pada tapak yang sama pada 1809, menjadikannya bangunan mahkamah pertama dibina di negara ini malah sebelum pemisahan Singapura daripada Malaysia.

Ia melalui satu siri percubaan pemulihan tetapi gagal dengan yang terakhir pada 2005.

Seiring kerja pemulihan ini, sebuah bangunan 3 tingkat dibina di perkarangan menghadap Farquhar Street.

Bangunan mahkamah rendah 7 tingkat itu dibina di seberang kompleks mahkamah sebagai sebahagian daripada projek.

Dilaporkan sejumlah RM70 juta ringgit diperuntukkan untuk projek tersebut.

Sementara itu, Pengarah Bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang Yew Tung Seang berkata ia akan menghantar satu pasukan pemeriksa ke mahkamah untuk memeriksa keadaan itu.

Pejabat Ketua Pendaftar berkata ia akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu.