Speaker halau ahli Parlimen DAP dari Kamar Khas

lip-lim-eng-pandikarKUALA LUMPUR: Pemimpin DAP Lim Lip Eng menjadi ahli Parlimen pertama ditendang keluar dari Kamar Khas Dewan Rakyat.

Beliau dipecat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang menurut Lim “bersyarah” kepadanya tanpa memberinya peluang membaca soalan yang disediakan berhubung peruntukan Bajet 2017 bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Sebelum saya mula bercakap, Pandikar meminta saya duduk dan beliau mula ‘berleter’ dan mengatakan saya mengejeknya di luar Dewan dengan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan subjudis beliau (berhubung saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat terhadap 1MDB).

“Saya berkata jika logik Pandikar diguna pakai, jadi tidak mengapa bagi mahkamah kita menggunakan bukti di luar negara untuk mengaitkannya dengan ‘Malaysia Officer 1’ di Malaysia.

“Selepas beliau habis, saya berdiri dan berhujah dengannya. Saya menegur beliau agar jangan ‘berleter’ kepada saya, biarlah saya menamatkan ucapan tetapi beliau memulakannya lagi dan saya mengatakan beliau memalukanParlimen,” katanya.

“Beliau menghalau saya keluar dan sebelum keluar beliau menjerit kepada saya dan saya menjerit kepadanya semula. Saya berkata, kami wakil dilantik tetapi anda dilantik oleh MO1.

“Kemudian dia menjerit kepada saya lagi, jadi saya berjalan keluar,” kata Lim.

Keadaan iitu kemudiannya menyebabkan Pandikar mengarahkan Lim meninggalkan Dewan, menyebabkan terjadinya perbalahan hangat di antara kedua-duanya .

Sejurus sebelum beliau berjalan keluar, Lim berpaling kepada Pandikar dan berkata: “Kami (ahli Parlimen) wakil dilantik tetapi anda dilantik oleh MO1!”.

Lim bersama-sama ahli Parlimen DAP lain kemudian mengadakan sidang akhbar di mana Pandikar diselar kerana membawa perkara peribadi ke dalam medium yang seharusnya bertujuan untuk isu-isu berkaitan awam.

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata jika speaker tidak puas hati dengan Lim, beliau sepatutnya memanggil beliau bermesyuarat di ruang peribadinya.

“Kami berada di sana (Kamar Khas) untuk membangkitkan perkara-perkara berkaitan orang awam. Pandikar harus membiarkan Lim membacakan soalannya dahulu tetapi kerana apa yang berlaku, ucapan beliau tidak dapat dibuat dan dan kami tidak mendapat jawapan.”

Pemimpin atasan DAP Lim Kit Siang bersetuju dengan kenyataan itu dan berkata masa Parlimen tidak boleh digunakan untuk membuat “komen yang tidak perlu”.