Suruhanjaya ditubuhkan siasat kebakaran HSA

zahid-hamidi-hsa

JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terperinci kejadian kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) hari ini yang mengorbankan 6 nyawa.

“Hasil siasatan itu kemudiannya akan digunakan sebagai panduan kepada semua hospital di negara ini terutama bagi hospital yang perlu diubah suai atau dinaik taraf,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kebakaran dan menziarahi anggota keluarga mangsa.

Beliau menyentuh kepentingan aspek penyelenggaraan termasuk sistem pendawaian dan keperluan menaik taraf struktur bangunan di hospital bagi mengelak kejadian serupa berulang.

Beliau berkata satu lagi perkara yang perlu diberi tumpuan ialah jalan menuju ke hospital.