Saya tak datang dari kampung, lantik diri sendiri, kata speaker

lip-lim-eng-pandikar

KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin hari ini membalas balik dakwaan wakil rakyat DAP, Lim Lip Eng yang berkata tidak seperti ahli Parlimen, speaker dilantik oleh Malaysian Official One (MO1).

Speaker Dewan Rakyat itu kemudian dengan tenang memberi ceramah kepada Lim (DAP-Segambut) mengenai cara seseorang itu dilantik ke kerusi speaker.

Beliau berkata proses akhir menyaksikan ahli Parlimen sendiri memilih antara dirinya dengan calon lain.

“Seorang ahli Parlimen perlu memahami Perlembagaan Persekutuan. Orang yang mengundi saya ialah ahli Parlimen yang mewakili rakyat.

“Saya tak datang dari kampung dan lantik diri sendiri,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Dewan Rakyat hari ini agak senyap, satu suasana yang jarang berlaku, tanpa dicelah mana-mana wakil rakyat pembangkang.

Pandikar kemudian mempertikaikan tindakan Lim menggelarnya memalukan kepada Dewan

“Jika seseorang benci Pandikar, jangan benci kerusi ini kerana ia ketua Dewan. Dan jika sesiapa tak setuju dengan keputusan saya, jangan hina kerusi ini, dan jangan hina saya.

“Saya ini benar-benar memalukan? Anda beritahu saya. Jika saya memalukan, maka saya perlu undur kerana saya memalukan.

“Tetapi jika saya buat begitu, maka kita semua perlu letak jawatan kerana kita semua memalukan,” katanya.

Kenyataan Pandikar itu dibuat susulan pertelingkahan hangat antarnya dengan Lim semalam hingga menyebabkan ahli Parlimen itu dihalau keluar dari Kamar Khas Parlimen.

Lim berkata pertengkaran bermula apabila Pandikar mula membebel kepadanya kerana mengkritik keputusan speaker yang semua soalan berkaitan saman Suruhanjaya Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1MDB, ialah sub judice.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee terdahulu memaklumkan kepada Dewan yang lim digantung 2 hari dan berakhir esok.