Terus berdemo sehingga Guan Eng berundur, kata Baju Hitam

guan1

guan2GEORGE TOWN: Letak jawatan Ketua Menteri dan jangan sokong himpunan aman Bersih, kata penunjuk perasaan Pemuda Bangkit kepada Lim Guan Eng, dalam satu himpunan aman di Komtar hari ini.

Berpakaian serba hitam, himpunan yang dipimpin Pemuda Umno itu juga menuntut Kerajaan Pulau Pinang supaya membina lebih banyak rumah kos rendah dan mengawal pembangunan bukit.

Pmuda Bangkit turut mahu semua pembangunan yang mengakibatkan banjir kilat dan di lereng bukit dihentikan, sebelum bencana tanah runtuh berlaku.

“Kamu memohon Ketua Menteri supaya hentikan penebusgunaan tanah, yang mengganggu ekosistem dan menjejaskan mata pencarian nelayan,” menurut memorandum yang ditandatangani 6 pimpinan Umno.

Memorandum itu ditandatangani Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim, Exco Pemuda Umno Jefri Salim dan empat lagi pemimpin pemuda.

Memorandum diserahkan Rafizal dan Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun kepada pegawai penerangan Pejabat Ketua Menteri Zahar Zainal.

Beberapa minggu lalu, kumpulan ini juga menuntut Guan Eng supaya meletak jawatan dalam satu tunjuk perasaan di Gurney Drive susulan pendakwaan rasuah di Mahkamah Tinggi.

Guan Eng mengaku tidak bersalah.

Kumpulan yang memakai baju merah sebelum ini hari ini tampil berpakaian hitam.

Ketika ditanya mengenai perubahan warna itu, Khairul berkata bukan itu isunya.

“Kami wakili semua warna, kecuali kuning. Kami merah, hitam dan macam-macam warna. Kami tak kesah.

“Yang penting, semangat solidariti dan perjuangan kami, iaitu menumbangkan seorang pemimpin rasuah.

“Kamu jangan tuduh pemimpin lain, tuntut pemimpin lain letak jawatan sedangkan kamu sendiri korup. Kamu tidak berhak berbuat demikian atau bersuara,” kata Khairul kepada Guan Eng.

Sementara itu, Khairul dan Rafizal hari ini membawa 3,000 orang – termasuk wanita dan kanak-kanak – untuk berarak 1 km dari ibu pejabat Umno negeri ke Komtar sekitar 1.30 petang.

Kumpulan berehat sebentar di Masjid Simpang 6 untuk bersolat sebelum mengumpul kekuatan di perkarangan bangunan negeri itu pada jam 2 petang.

Bersama plakad yang mengecam Guan Eng, mereka menyanyikan lagu Perajurit Tanah Air, dan melaungkan takbir diselang-seli dengan laungan “Bangsat Lim Guan Eng” dan “Hidup Umno!”.

Sekumpulan jurucakap utama termasuk Rafizal dan Khairul kemudian berucap di atas lori yang dimuatkan dengan sistem audio, dan mengemukakan 6 tuntutan mereka.

“Kita berkumpul berhampiran pejabat Lim Guan Eng untuk satu tujuan, memandangkan sejak himpunan kita yang lepas, beliau nampaknya ada masalah pendengaran.

“Tuan-tuan dan puan-puan, seperti yang kita semua tahu, kita mahu Guan Eng letak jawatan kerana beliau ‘pak rasuah’.

“Beliau didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah, tetapi beliau tak mahu berundur.

“Jika beliau tidak mahu letak jawatawan, kita akan tunjuk perasaan di luar rumah – setuju?” kata seorang jurucakap yang tidak dikenali, disambut persetujuan hadirin.

Kumpulan itu mengulangi ikrar untuk memerangi Bersih, sekiranya himpunan mega menuntut pilihan raya bersih dan adil berlangsung di ibu negara bulan depan.

Tunjuk perasaan berlangsung selama 45 minit dan bersurai secara aman.

guan3

guan4