Himpunan untuk Kelantan, kesatuan ummah pada 19 November

Himpunan untuk Kelantan, kesatuan ummahPASIR PUTEH: Lebih 300 ilmuan dan profesional Islam dari seluruh negara akan berhimpuan dalam satu majlis bagi mencari formula ke arah penyatuan ummah dan pembangunan negeri Kelantan, anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN).

Setiausaha MDN Kelantan Dr Mustafa Ahmad berkata pertemuan itu akan diadakan di sebuah resort di Tok Bali pada 19 November depan.

Penganjuran perhimpunan tersebut tidak membabitkan mana-mana parti politik dan ia bersifat berkecuali, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya MDN bernaung di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang mempunyai tugas dan berperanan yang luas terutama membabitkan hubungan dan penyatuan masyarakat di negara ini.