DAP, PKR setuju kerjasama dengan Hindraf

kula-siva

PETALING JAYA: Pemimpin India dalam DAP dan PKR mengalu-alukan janji pertubuhan Hindraf yang memberikan sokongan tanpa syarat kepada gabungan besar pembangkang untuk menyingkirkan kerajaan pemerintah Umno/BN.

Naib Presiden DAP M Kulasegaran berkata partinya tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Hindraf asalkan ia mematuhi peraturan pengurusan.

Katanya, meskipun DAP ialah parti berbilang bangsa, ia juga banyak memperjuang dan melindungi hak masyarakat minoriti seperti India dan Orang Asli.

“Inilah alasan kenapa pengerusi Hindraf P Waythamoorthy melepaskan jawatannya sebagai timbalan menteri apabila BN enggan melaksanakan kandungan MoU yang ditandatangani sebelum PRU13,” katanya.

Ahli Parlimen Ipoh Barat itu berkata kini penyokong Hindraf sedar yang kerajaan BN hanya pandai memberi janji kosong untuk mendapatkan undi.

Kulasegaran berkata demikian ketika mengulas kenyataan Waythamoorthy pada Isnin yang Hindraf akan menggerakkan penyokongnya untuk bekerja sukarela bagi menewaskan BN.

“Langkah ini boleh dianggap sebagai perang terhadap Umno/BN,” katanya menambah yang masyarakat India perlu membuat daripada fikiran mereka yang Umno dan BN boleh dipercayai lagi.

Biro Politik PKR Sivarasa Rasiah berkata partinya bersedia bekerja dengan sesiapa untuk menyelamatkan negara ini daripada BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

FMT setakat ini masih belum berjaya mendapatkan respons daripada Setiausaha Agung Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin pada Isnin berkata Pakatan Harapan yang mengandungi PKR, DAP dan Amanah berunding dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS untuk mengalahkan BN menerusi pertandingan 1 lawan 1 pada PRU akan datang.

PAUTAN: 

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/10/24/hindraf-isytihar-sokong-pembangkang-tanpa-syarat/