Donald Trump cakap Hindi pikat pengundi Hindu sempena Deepavali

Bahasa, Donald Trump, Deepavali, ucapan, presiden, AmerikaNEW YORK: Donald Trump mungkin sudah menghina orang Mexico, Muslim dan wanita tetapi untuk memikat pengundi rakyat Amerika Syarikat (AS) berbangsa India, beliau malah cuba berbahasa Hindi sempena Deepavali.

Ahli perniagaan hebat New York itu dilihat mengucapkan “Ab Ki Baar Trump Sarkaar” – ayat yang sebelum ini digunakan Perdana Menteri India Narendra Modi pada pilihan raya pada 2014 – dalam satu iklan kempen presiden disiarkan semalam.

“Kali ini kerajaan Trump,” kata terjemahan iklan itu di televisyen.

Trump mungkin bercakap dalam loghat AS pekat, tetapi iklan 30 saat itu ialah cubaan terbaru calon presiden daripada Republican itu untuk memenangi pengundi dalam kalangan India di AS menjelang Deepavali, sambutan pesta cahaya esok.

Video iklan itu dimulakan dengan ucapan “Happy Diwali” dan menampilkan rakaman Trump bercakap pada satu perkumpulan Hindu di New Jersey bulan ini, menyalakan lampu minyak dan menjanjikan hubungan rapat AS-India.

“Komuniti India dan Hindu akan ada kawan sejati di Rumah Putih. Kami sayang Hindu, kami sayang India,” katanya dalam iklan itu dan menambah beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengan Modi.

Menantunya, Lara Trump pada minggu ini melawat kuil Hindu di Virginia, kampung halaman kepada Tim Kaine, calon wakil presiden Hillary Clinton yang dijangka mengundi 8 November.

Trump berada pada markah 5.4 dalam anggaran undian terbaru dikumpulkan RealClearPolitics dalam perebutan jawatan itu – menunjukkan kemenangan mungkin mengarah kepada Democrat.

Menurut angka bancian 2015, dianggarkan kira-kira 4 juta orang India Amerika menetap di AS dan mereka adalah dalam kalangan kumpulan etnik paling berpendidikan dan berpendapatan tinggi, menurut Pusat Penyelidik Pew.

Hanya kira-kira separuh ialah Hindu dan 65% Democrat atau cenderung kepada Democrat, menurut laporan pemikir pada 2014.

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=d0QyJZYhgBs