Kelahiran semula trend ‘pita kaset’ di Asia Tenggara

cassette-daySUBANG JAYA: Pengumpul dan peminat muzik memakai t-shirt gambar kumpulan rock yang tidak dikenali di luar sebuah kedai rekod berhampiran ibu negara Malaysia, menunggu mendapatkan pita kaset baru.

Tidak, ini bukan imbasan tahun 1980-an, tetapi sambutan sempena International Cassette Store Day, acara tahunan format muzik yang dahulu pernah hampir pupus tetapi kini menikmati “kelahirannya” semula.

Kebangkitan vinil didokumentasikan dengan baik dan kini kaset seolah-olah bangkit semula, dengan artis seperti Kanye West dan Justin Bieber melancarkan lagu mereka menggunakan pita kaset.

Di Asia Tenggara kos pengeluaran yang rendah dan imej retro-cool menjadikan kaset ibarat melengkapkan muzik bawah tanah, terutama bagi band yang bergelut untuk mencari nama.

“Kaset adalah jualan terbaik kami,” kata Mohammad Radzi Jasni, pemilik kedai, Teenage Head Records, selepas menolak satu band surf-punk Singapura, Force Vomit.

“Ia masih cara terbaik mencari band baru di sini. Ia amat berpatutan bagi mereka melancarkan kaset dan peminat membelinya,” katanya.

Kos pengeluaran boleh menjadi serendah RM4 ($1) bagi setiap pita di Malaysia, berbanding RM60 hingga RM80 bagi rekod vinil.

Kos vinil adalah halangan bagi band baru dan label DIY di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Tiada tempat membuat “vinyl-pressing” di Asia Tenggara, kata pencinta kaset.

Etika DIY

Bagi menandakan International Cassette Store Day, Teenage Head Records melancarkan 200 kaset menampilkan band rock Malaysia, Bittersweet dan hampir semuanya habis dijual menjelang tamat hari itu.

Bittersweet mengeluarkan 3 album CD tetapi pemain keyboard Fadhilul Iqmal berkata, memberi penekanan kepada beberapa lagu menggunakan kaset membantu menaikkan diskografi kumpulan itu pada kos yang rendah, manakala saiz kompak format

menjadikannya lebih mudah alih berbanding vinil.

Pemikiran sedemikian membantu menjana industri kaset label DIY berkembang di rantau ini.

Di Indonesia, mereka mempunyai tarikan baru yang ditemui di kalangan belia yang membesar dengan muzik digital.

Seperti vinil, peminatnya juga menghargai sifat nyata pada pita dan karya seni yang datang bersama inlainya.

“Ia gaya terkini dengan keadaan generasi berusia 20-an yang tidak biasa membeli muzik fizikal,” jelas Marcel Three, vokalis band Indonesia Sajama Cut, yang mengeluarkan 2 kaset lagu baru-baru ini.

“Pita menyediakan platform untuk melancarkan singles. Jika ia bukan dengan pita, ia akan kurang mendapat perhatian,” kata Thee.

Terkenal kerana mudah tersekat, “unspooled”, dan bunyi desis yang kuat – kaset tenggelam di seluruh dunia dengan CD pada awal 1990-an, walaupun mereka bertahan di Asia Tenggara sehingga awal 2000-an.

Tarikan nostalgia

Bagi peminat muzik lebih tua, kaset membawa kembali kenangan pita campuran buatan sendiri.

Kualiti bunyi adalah satu lagi isu – vinil dan kaset tempatan kerap menolak muzik digital sebagai terlalu mampat dan kurang kehangatan bunyi analog.

“Vinil mempunyai bunyi yang lebih hangat tetapi ia lebih mahal. Jika anda mempunyai wang, anda boleh membeli vinil, jika anda tidak mempunyai wang, anda boleh membeli kaset,” kata Mohamad Nor Yaacob, pengasas bersama Records Basement Malaysia, yang memberi tumpuan pada punk tegar dan metal.

Bagi band muda yang masih bergelut untuk terkenal, kaset adalah tiket masuk paling berpotensi ke dalam industri.

“Pertama, anda lancarkan melalui kaset dalam anggaran 100 keping. Apabila orang sudah kenal band anda barulah membuat vinil jika anda mempunyai wang,” kata Nor.

Kemudiannya, eksport kaset murah boleh membantu label dan band mendapatkan bilangan peminat lebih besar di luar negara, membuka peluang bagi kemungkinan persembahan bergerak.

“Muzik bawah tanah di sini sebenarnya sudah lama dengan kaset sebelum ia mendapat perhatian semula, jadi saya tidak lihat mengapa ia tidak boleh bertahan,” kata Radzi.