DAP gesa polis bertindak kenyataan ‘mandi darah’ Jamal Yunos

Jamal for saying 'bathed in blood'PETALING JAYA: Pemimpin DAP mempersoalkan pendirian polis berhubung ancaman yang dilaporkan terhada Datuk Jamal Md Yunos untuk menghentikan perhimpunan Bersih 5 “walau bermandikan darah”.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, mempersoalkan sama ada polis akan menahan Jamal, yang mengetuai kumpulan Baju Merah berhubung kenyataannya itu.

Beliau berkata, dalam satu kenyataan Jamal turut dilaporkan mendakwa memperoleh sokongan 300,000 orang bagi perhimpunan menentang Bersih, kumpulan reformasi pilihan raya, yang dirancang diadakan pada 19 November di Kuala Lumpur.

Teresa berkata, Jamal dipetik sebagai berkata pada sidang media di ibu pejabat Umno Selangor yang “kami tidak akan teragak-agak berbuat apa sahaja untuk menghentikan perhimpunan Bersih” dan “bagi saya, perjuangan kita akan diteruskan walaupun jika kita bermandikan darah”.

Beliau bertanya sama ada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, hanya hanya akan mengatakan Jamal hanya terlibat dalam “perang mulut”, sebagaimana ancaman perang terhadap Bersih sebelum ini.

Teresa, yang juga naib pengerusi Kebangsaan DAP, berkata Jamal seorang pemimpin bahagian Umno, tahu bagaimana bermain permainan “perang cakap”, tetapi beliau mengingatkan ketua polis negara yang pengikut Baju Merah melakukan tindakan ganas terhadap penyokong Bersih semasa konvoi hujung minggu di beberapa bandar.

“Adalah tidak bijak bagi ketua polis negara menganggapnya sebagai ‘perang cakap’ sahaja,” ujarnya.

Walaupun Jamal menjelaskan “bermandikan darah” bermakna darah Baju Merah sendiri, bukan orang lain, polis perlu memandang serius kata-katanya itu.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana Umno membenarkan ahlinya menjalankan aktiviti peribadi yang mengancam hak demokrasi minoriti untuk berhimpun secara aman.