Tolong jangan politikkan krisis air, kata Selangor kepada N9

anthony-loke-1

DENGKIL: Kerajaan Negeri Sembilan digesa supaya ketepikan politik dan bantu jirannya tangani krisis air.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook menuduh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan enggan bekerjasama dengan Kerajaan Selangor.

Anthony menambah Hassan mendakwa tidak ada bukti pencemaran bekalan air di Selangor berpunca dari Negeri Sembilan.

“Saya menggesa beliau, sama ada kamu ada bukti atau tidak, selesaikan masalah ini terlebih dahulu. Jangan politikkan isu air. Ini bukan isu politik,” kata Anthony kepada pemberita di satu sidang media di Sungai Buah.

Sementara itu Adun Subang Jaya Hannah Yeoh menyuarakan sentimen sama, dan berkata ramai orang merana kerana krisis air yang berlarutan.

“Meraka menderita dan sekarang bukan masanya untuk berpolitik. Krisis air menjejaskan semua orang yang menyokong Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Ketepikan politik dan bantu!” katanya.

Negeri Sembilan ditadbir Barisan Nasional manakala Pakatan Harapan termasuk PAS mentadbir Selangor.

Exco Selangor Elizabeth Wong bertegas pencemaran bermula di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Negeri Sembilan enggan merawat air tercemar, atau membenarkan kakitangan air Selangor menawarkan bantuan.

“Ini tidak betul. Sebab itu kami putuskan untuk pergi ke Negeri Sembilan dan rawat air di situ. Kerajaan Negeri kata kami menceroboh kawasan jika kami pergi dan rawat air. Kami tak peduli. Datanglah tangkap kami. Kami semua sedia dipenjarakan.”

Lembaga air Selangor sedang merawat air tercemar dengan karbon yang diaktifkan, yang biasa didapati dalam penapis air.

Batas turut didirikan merentangi sungai tercemar dalam usaha mengawal laluan air.

Elizabeth berkata sebatian kimia 4-bromodiphenyl ether ditemui dalam air tercemar dan tidak boleh dilemahkan atau dihapuskan kecuali dengan karbon yang diaktifkan.

Elizabeth berkata “malah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan meletakkan lembaran pelindung di kawasan terjejas” menunjukkan mereka sedar “ada masalah”.

Katanya Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar terima ada masalah di sumber air dari Nilai dan kemungkinan besar bukan tidak disengajakan.

Beliau menggesa Kerajaan Negeri Sembilan supaya menggali kawasan tercemar. “Pencemar ada dalam sistem dan dalam tanah. Sebab itu kita masih brdepan masalah.”